Rezeki boleh datang bertubi-tubi kepada anda daripada pelbagai sumber dan tidak terhad. Terpulanglah kepada apa jua yang anda lakukan. Anda boleh menikmati kehidupan yang penuh bererti jika anda merelakan kehadiran rezeki yang halal kepada anda dalam apa jua caranya. Untuk menjana pendapatan, anda perlu memanfaatkan masa yang ada supaya ianya dapat ditukar kepada wang. Anda perlu memulakan langkah pertama kerana perjalanan seribu langkah bermula daripada langkah yang pertama.
Ubi tidak akan dimakan jika tidak ditanam. Jika diberi keratan ubi kayu dan anda tidak menanamnya sudah pasti anda hanya akan dapat merasai ubi yang lain yang diberi oleh orang yang menanam atau anda membelinya. Tetapi jika keratan itu anda tanam, anda bukan sahaja dapat memakan ubi pada akhirnya tetapi dalam masa pertumbuhannya anda akan dapat menikmati betapa enaknya pucuk ubi kayu celur.
Apabila tiba masanya anda dan keluarga akan dapat menikmati ubi kayu rebus yang panas. Kena pula ubi kayu rebus itu dengan secawan Qahva Haroma .... memang perrgghhh.
Bila kopitiam jual ubi kayu rebus dan kopi O .... kita pun keluarkan duit dari poket.
No comments:
Post a Comment